{"id":85790,"date":"2021-06-17T07:56:12","date_gmt":"2021-06-17T07:56:12","guid":{"rendered":"https:\/\/5minstory.com\/?p=85790"},"modified":"2022-02-07T14:26:13","modified_gmt":"2022-02-07T14:26:13","slug":"ms-illustration2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/5minstory.com\/ms-illustration2\/","title":{"rendered":"22 ilustrasi suami dan isteri dalam kehidupan seharian"},"content":{"rendered":"

Adakah anda hidup berpasangan dan memikirkan bahawa hidup anda tiba-tiba telah menjadi sebuah rutin? Lihat dengan lebih jelas lagi daripada kacamata seorang pelukis.<\/p>\n

Curtis Wikland, seorang pelukis dan jurugambar, telah berkongsi cara unik untuk melakar kehidupan sehariannya bersama dengan pasangan dan keluarganya. Berikut adalah 22 lakarannya yang menunjukkan momen-momen yang mungkin anda fikirkan sebagai sesuatu yang membosankan, boleh menjadi kenangan penting dan bermakna pada tahun-tahun akan datang.<\/p>\n

1. <\/strong>Letakkan Anda Sebagai Tumpuan Utama<\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Tidak kira betapa sibuknya anda, ingatlah untuk meluangkan masa untuk fokus pada anda berdua bersama-sama. Secara harafiahnya, halakan cahaya lampu pada perhubungan anda! Renungkan kembali apa yang bermakna antara satu sama lain, dan apa yang anda kongsi bersama.<\/p>\n

<\/p>\n

2. Sentiasa Jejaki Kebahagiaan Anda <\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Adakah anda mempunyai “tempat bahagia”? Iyalah, tempat yang dimana anda amat suka untuk meluangkan masa anda. Samada berjalan-jalan di luar atau berjalan mengimbangi sebatang pokok yang tumbang seperti yang anda lakukan semasa anda kecil, anda harus teruskan melakukannya, Walaupun hanyalah dalam angan-angan atau bersembang mengenai momen-momen bersama, ia akan tetap membuatkan anda terasa betul-betul berada di tempat istimewa itu.<\/p>\n

<\/p>\n

3. Jadikan Rumah Anda Milik Anda<\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Anda sedang membina dan menyusun atur rumah pertama anda bersama? Ia bukan sahaja mengenai menyeimbangkan susunan barang yang baru anda beli daripada IKEA, di atas bumbung kereta anda! Pilih lah barangan dan perabot rumah yang anda berdua gemari dan akan menggunakannya bersama-sama.<\/p>\n

<\/p>\n

4. Lakukan Aktiviti Anda Sendiri Tetapi Pastikan Berada Bersama <\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Kadang-kadang, ada masanya yang anda ingin bersantai sebelum tidur, itu lah masa yang terbaik untuk berada bersama pasangan anda, tetapi buat lah aktiviti sendiri. Momen yang sunyi itu dimana tiada sebarang keperluan untuk bercakap, sebaliknya anda membaca, menulis atau melukis itu adalah amat istimewa – nikmatinya.<\/p>\n

<\/p>\n

5. Nikmati Aktiviti Harian<\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Iya, walaupun momen-momen tersebut adalah apabila rambut anda kusut terpacak dan anda berdua masing-masing meludahkan sisa ubat gigi daripada mulut, ia boleh menjadi sesuatu yang istimewa! Terdapat banyak perkara-perkara lucu yang boleh dapati hasil daripada keanehan anda berdua!<\/p>\n

<\/p>\n

6. Bersantai Dengan Cara Anda<\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Ada antara kita yang gemar bersantai dengan terbaring sambil berangan-angan dan membiarkan fikiran kita menerawang, orang lain pula tenggelamkan diri mereka dengan membaca buku yang memberi inspirasi. Walau apapun caranya, luangkan masa bersama-sama di atas sofa empuk yang anda bawa pulang, yang anda letakkan di atas kereta anda setelah membelinya dari IKEA, adalah momen yang akan anda kenangkan sebagai momen yang manis pada tahun-tahun akan datang.<\/p>\n

<\/p>\n

7. Nyahkan Tekanan daripada Kehidupan Sibuk Anda<\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Jika anda tertekan di dalam kereta sepanjang dalam rutin perjalanan pagi anda, lepaskannya apabila anda sampai di rumah pada penghujung hari. Ambil tahu mengenai tekanan masing-masing dan ketahui cara untuk membantu pasangan anda dalam menghadapi perkara-perkara yang sukar dalam hidup.<\/p>\n

<\/p>\n

8. Memaksimakan Bakat Tertentu Anda<\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Kita semua mempunyai bakat dan kemahiran terpendam yang kita tidak pernah tahu yang kita memilikinya sehinggalah sampai masa yang kita perlu menggunakannya. Maksimakan kemahiran dan pengetahuan berbeza yang anda bawakan ke dalam kehidupan anda dan hargailah momen-momen apabila anda menemui perkara baru yang pasangan anda boleh lakukan!<\/p>\n

<\/p>\n

9. Raikan Apa Yang Anda Miliki<\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Adakah anda buntu untuk apa yang perlu dilakukan seterusnya? Fikirkannya bersama-sama. Perkara yang difikirkan bersama-sama sentiasa lebih baik berbanding jika dilakukan berseorangan dan mungkin inspirasi yang hebat boleh muncul apabila anda meminta bimbingan daripada pasangan masing-masing.<\/p>\n

<\/p>\n

10. Ingat Lagi Ikrar Perkahwinan Anda?<\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Ada sebabnya mengapa ikrar perkahwinan anda disertakan sekali dengan barisan yang mengatakan “ketika sakit dan sihat” dan “ketika senang atau susah”. Ia tidak pernah menggembirakan apabila salah seorang daripada anda sedang dalam kesedihan disebabkan apa jua alasan pun, tetapi ketahuilah, anda pasti akan dapat menghadapinya.<\/p>\n

<\/p>\n

11. Hargai Detik-Detik Indah<\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Momen-momen bersama tersebut, adalah detik yang perlu dikenang dan dihargai. Sokongan yang anda dan pasangan anda berikan kepada antara satu sama lain demi untuk berada dalam tempat dan persekitaran yang selamat dan dilindungi adalah amat penting.<\/p>\n

<\/p>\n

12. Anda Perlu untuk Menyokong Antara Satu Sama Lain <\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Sentiasa bersedia untuk menawarkan bantuan kepada pasangan masing-masing apabila diperlukan. Mengambil berat terhadap satu sama lain adalah perkara penting apabila berada di dalam perhubungan atau hidup berpasangan.<\/p>\n

<\/p>\n

13. Mengimprovasi Apabila <\/strong>Perlu<\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Tiada siapa pun atau tiada sebarang peraturan pun yang mengatakan anda harus menjadi konvensional! Jika dengan cara memakai gogal ski ketika memotong bawang boleh menghentikan air mata anda daripada menitis kerana pedih – tidak mengapa!<\/p>\n

<\/p>\n

14. Jangan Lupa Untuk Beri Kucupan<\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Kucupan adalah benda penting dlam hidup – dan ia bukan sahaja sebagai isyarat untuk berkelakuan romantik. Detik mesra yang datang daripada sebuah kucupan akan menunjukkan kepada pasangan anda bahawa anda seorang yang penyayang, mengambil berat, mudah memaafkan dan memahami mereka.<\/p>\n

<\/p>\n

15. Berkongsi Cerita Sebelum Tidur<\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Jangan lupa untuk bersembang dengan pasangan anda. Bercerita mengenai bagaimana hari anda berdua dan lengkapkannya dengan pelukan sebelum tidur merupakan cara yang bagus untuk memulakan mimpi yang indah dan teguhkan lagi fakta yang anda berdua sedang hidup bersama.<\/p>\n

<\/p>\n

16. Akui Bahawa Anda Berdua Adalah Hebat<\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Samada anda berada dalam fasa untuk menjadi ibu bapa atau tidak, anda harus sentiasa merasa kagum betapa hebatnya anda berdua. Siapa anda sekarang dan betapa besarnya setiap daripada anda berpotensi boleh kecapi, apabila anda bedua bersama.<\/p>\n

<\/p>\n

17. Nikmati Segalanya dalam Hidup<\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Apabila anda semakin melayari hidup bersama pasangan anda, banyak perkara akan berubah. Luangkan masa anda untuk menikmati semuanya dan dalam apa-apa yang anda lakukan, dan seterusnya, setiap adaptasi dan perubahan yang diperlukan akan menjadi mudah.<\/p>\n

<\/p>\n

18. Luangkan Masa untuk Melancong<\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Melancong boleh mengembangkan minda dan pengalaman anda, tiada keraguan mengenainya. Jika anda boleh mengemas barang-barang bersama anak-anak anda dan pergi melancong ke mana-mana, sila lakukannya. Mereka akan belajar banyak perkara daripada pengalaman tersebut.<\/p>\n

<\/p>\n

19. Bacakan Buku untuk Anak Anda<\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Membacakan buku untuk anak-anak anda ketika waktu tidur mereka bukan hanya merupakan satu helah untuk membuatkan mereka tidur. Ia membuatkan anda sekeluarga berkumpul bersama dan mengingatkan anak-anak anda bahawa anda semua adalah satu unit keluarga. Buku atau kisah-kisah keluarga yang menjadi kegemaran mereka boleh dijadikan penamat hari yang sempurna.<\/p>\n

<\/p>\n

20. Luangkan Masa Berasingan dengan Setiap Ahli Keluarga<\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Setelah keluarga anda semakin berkembang, cuba untuk luangkan masa persendirian dengan setiap seorang anak-anak anda. Ia akan membantu anda untuk memahami setiap seorang sebagai satu individu, dan mencipta kenangan yang akan kekal sepanjang hayat.<\/p>\n

<\/p>\n

21. Terapkan Amalan yang Bagus<\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Walaupun anda mempunyai fobia yang ekstrim terhadap doktor atau doktor gigi – anak-anak anda tetap perlu pergi berjumpa mereka! Terapkan anak-anak anda dengan amalan kesihatan yang bagus sementara mereka masih muda, supaya kerja-kerja perubatan yang mungkin diperlukan ketika mereka besar nanti akan berkurang.<\/p>\n

<\/p>\n

22. Puaskan Keinginan Anda!<\/strong><\/h2>\n

\"\"<\/p>\n

Hamil atau tidak, terdapat masa apabila anda perlu untuk mendapatkan pizza atau snek lewat malam. Setelah anda mempunyai anak, snek-snek malam yang anda curi-curi makan selepas anak-anak anda tidur itu, malahan akan menjadi lebih enak!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

Adakah anda hidup berpasangan dan memikirkan bahawa hidup anda tiba-tiba telah menjadi sebuah rutin? Lihat dengan lebih jelas lagi daripada kacamata seorang pelukis. Curtis Wikland, seorang pelukis dan jurugambar, telah berkongsi cara unik untuk melakar kehidupan sehariannya bersama dengan pasangan dan keluarganya. Berikut adalah 22 lakarannya yang menunjukkan momen-momen yang mungkin anda fikirkan sebagai sesuatu […]<\/p>\n","protected":false},"author":44,"featured_media":85810,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[67,94],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/5minstory.com\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/85790"}],"collection":[{"href":"https:\/\/5minstory.com\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/5minstory.com\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/5minstory.com\/wp-json\/wp\/v2\/users\/44"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/5minstory.com\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=85790"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/5minstory.com\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/85790\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":122027,"href":"https:\/\/5minstory.com\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/85790\/revisions\/122027"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/5minstory.com\/wp-json\/wp\/v2\/media\/85810"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/5minstory.com\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=85790"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/5minstory.com\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=85790"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/5minstory.com\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=85790"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}