Tips Yang Paling Cerdik Dan Mesra-Eko Untuk Uncang Teh Terpakai

1663

advertisement

Nutrien Tambahan

Daun teh mengandungi kandungan nutrien yang tinggi, iaitu amat bagus dalam meningkatkan kualiti nutrisi pada tanah. Jika anda menggunakan penapis yang berasaskan semulajadi, anda boleh menanamnya terus seperti sediakala, tetapi pastikan anda membuang penapis sintetik jika anda ingin menggunakan daun teh yang terdapat di dalamnya. Anda juga boleh meletakkan daun terpakai tersebut di atas lapisan tanah dalam bentuk sungkupan tanah – ia akan mengelakkan pertumbuhan rumput dan membantu mengekalkan kelembapan tanah.

Bagus Menentang Haiwan Perosak

Uncang beg sangat bagus dalam usaha untuk menjauhkan haiwan perosak daripada tanaman kesayangan anda. Baunya dianggap menjengkelkan bagi serangga, jadi anda boleh mempertimbangkan untuk membuat lapisan menggunakan penapis terpakai di sekitar tanaman yang kelihatan sedang menderita disebabkan masalah serangga perosak.

Mempercepatkan Proses Kompos Anda

Sekiranya anda membuat kompos daripada sisa dapur secara berkala, daun teh boleh menjadi kaedah yang baik untuk mempercepatkan proses penguraian. Campurkan daun teh dengan 1 bahagian sisa dapur segar yang tinggi kandungan nitrogen dan 3 bahagian bahan yang kaya dengan karbon, seperti daun kering.

Memudahkan Proses Menyiram

Uncang teh yang didatangkan di dalam penapis organik boleh digunakan sebagai langkah tambahan untuk memastikan tanaman anda gembira dengan menanamnya terus secara langsung ke akar. Ini akan membantu mengekalkan kelembapan dan melepaskan nutrien secara langsung di dalam tanah.

Percambahan

Secara umumnya, anak benih adalah sukar untuk tumbuh, tetapi daun teh dapat membantu mempercepatkan proses ini sedikit! Campurkan daun teh terpakai anda ke dalam tanah ketika anda merancang untuk menanam benih. Ini meningkatkan kandungan nutrien ke dalam tanah, serta membantu sekam biji untuk pecah. Cuba tips ini bagi tanaman yang susah bercambah dari biji!

Kucing Yang Menyusahkan

Adakah anda mempunyai masalah dengan kucing yang suka mencerobohi batas bunga anda? Cuba letakkan beg teh terpakai dan juga kopi di sekitar tanaman – kucing bencikan bau ini dan akan berhenti berkeliaran di kebun anda jika anda melaksanakan petua ini. Tips ini juga berfungsi di dalam rumah – jika kucing anda suka mengunyah tumbuhan hiasan dalam rumah, letakkan penapis terpakai anda di atas tanah tumbuhan tersebut untuk mengelakkan kucing daripada melakukan kerosakan ini!

 

advertisement